Dylia Maternity Signature

Jom Buka Buku Pink di Klinik Dylia

Pendaftaran buku pink, konsultasi bersama doktor wanita, scan 2D dan ujian darah antenatal dalam satu lawatan.

RM250

First step: Buka buku pink

RM155

Follow-up seterusnya

Istimewa: Gender Reveal Scan secara percuma

Ibu bersama buku pink di Klinik Dylia
Gambar ibu dan buku pink
Langkah pertama bersama si kecil

Kepentingan buka buku pink

Buku pink ialah rekod kesihatan ibu mengandung. Semua maklumat penting sepanjang kehamilan dicatat di sini, dari lawatan pertama sampai selepas bersalin.

Setiap kali Mama jumpa doktor, buku ni yang jadi rujukan. Doktor boleh nampak perjalanan kehamilan Mama dengan jelas.

  • Sejarah kesihatan, ubat dan alahan
  • Kumpulan darah dan keputusan ujian darah
  • Tekanan darah dan berat badan setiap lawatan
  • Keputusan ujian air kencing
  • Laporan scan dan tumbesaran bayi
  • Jadual temujanji dan vaksin

Bawa buku pink setiap kali checkup

Kenapa perlu buka buku pink?

Badan Mama berubah banyak sepanjang mengandung, dan baby pula membesar setiap minggu. Pemeriksaan berkala bantu doktor kesan apa-apa perubahan lebih awal.

Darah Mama dipantau

Isi padu darah bertambah masa mengandung, jadi ada ibu yang mudah kurang darah. Ujian darah bantu doktor tahu bila Mama perlukan zat besi tambahan.

Tekanan darah dan gula disemak

Darah tinggi dan kencing manis semasa hamil kadang-kadang tak ada simptom. Semakan setiap lawatan bantu kesan lebih awal.

Baby dilihat sejak awal

Scan pertama sahkan kandungan berada dalam rahim, lihat degupan jantung dan anggar usia kandungan dengan lebih tepat.

Dah dapat keputusan UPT positif?Tanya kami slot buka buku pink yang sesuai.

WhatsApp kami

Bila waktu terbaik untuk buka buku pink?

Lebih awal lebih baik. Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan ibu mendaftar kehamilan sebelum 12 minggu.

  1. UPT positif

    Catat tarikh hari pertama haid terakhir dan hubungi klinik.

  2. Boleh buka di Klinik Dylia

    Buku pink boleh dibuka seawal 10 minggu kandungan.

    Waktu yang disarankan
  3. Sebelum 12 minggu

    Saranan KKM untuk daftar kehamilan dan buat saringan awal.

  4. Follow-up berkala

    Pemeriksaan susulan ikut jadual yang doktor tetapkan.

Dah lepas 12 minggu?Tak apa, buku pink masih boleh dibuka. Hubungi kami.

WhatsApp kami

Buka Buku Pink di Klinik Dylia

Pakej Dylia Maternity Signature RM250. Semua pemeriksaan asas untuk mulakan rekod kehamilan dibuat dalam lawatan yang sama, jadi Mama tak perlu datang berulang kali.

  • Pendaftaran buku pink

    Rekod kesihatan ibu untuk sepanjang kehamilan.

  • Konsultasi kehamilan bersama doktor

    Semakan sejarah kesihatan, tekanan darah dan anggaran usia kandungan.

  • Imbasan 2D scan

    Lihat kandungan dan degupan jantung bayi pada skrin.

  • Urine analysis

    Ujian air kencing untuk semakan protein dan gula.

  • Ujian makmal lengkap

    Saringan darah FBC, ABO, VDRL, HIV dan Hepatitis B.

  • Bekalan vitamin kehamilan

    Untuk 1 bulan, mengikut nasihat doktor.

*Buku pink boleh dibuka seawal 10 minggu kandungan. Rawatan susulan (follow-up) tidak termasuk dalam harga pakej ini. Harga tertakluk kepada perubahan; sila sahkan dengan klinik semasa tempahan.

Rawatan susulan (follow-up) selepas buka buku pinkDylia Maternity Care dari RM155 setiap lawatan, dan pemeriksaan tambahan

Pemeriksaan susulan dijadualkan mengikut usia kandungan dan nasihat doktor.

Dylia Maternity Care

RM155setiap lawatan

  • Konsultasi kehamilan
  • 2D growth scan
  • Urine analysis
  • FBC (ujian darah penuh)

Pemeriksaan tambahan (add-on)

  • MGTT Ujian air gulaRM60
  • 4D/5D scanRM120
  • Detail scanRM170
  • GBS screeningRM65
  • Vaksin tetanusRM20
  • Vaksin TdapRM125

Kenapa pilih Klinik Dylia untuk buka buku pink?

Rawatan mesra dan suasana selesa

Klinik yang tenang dan staf yang mesra, supaya Mama rasa tenang dari saat pertama masuk.

Konsultasi oleh doktor wanita

Mesra dan terbuka mendengar masalah para ibu. Tanya apa saja tentang kehamilan tanpa segan.

Tidak perlu menunggu lama

Buat appointment awal dan datang ikut slot yang sesuai dengan jadual Mama.

Semua siap dalam satu lawatan

Konsultasi, scan dan ujian makmal dibuat pada hari yang sama.

Momen Bersama Kami

Raikan Detik Istimewa Bersama Klinik Dylia

Setiap sesi, setiap senyuman, dikongsi bersama keluarga yang mempercayai kami.

Sesi gender reveal
Konsultasi mesra
Semakan kehamilan
Buka buku pink
Buku pink
Scan baby

Feedback Patient

Kami sangat berbesar hati menjadi sebahagian daripada kisah perjalanan kandungan anda.

Baca semua ulasan di Google
Posted on Google Google
Syazwani Aizza profile picture
Syazwani Aizza
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Sangat puas hati buat detail scan di Klinik Dylia. Doktor explain dengan jelas dan teliti sepanjang scan. Lagi best sbb ada lampu untuk tunjuk gender baby tu! Staff pun baik dan helpful. Overall pengalaman sangat selesa dan menyenangkan. Highly recommended!
Posted on Google Google
Afrina Fina profile picture
Afrina Fina
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Datang untuk buat details scan dan gender reveal. So far sangat berpuas hati dengan apa yang doktor explain jelas dan nyata. Recommended untuk sesiapa yang nak buat check up di klinik ini ♥️ Dr and staf very helpful and friendly. Will repeated for next check up. InsyaAllah
Posted on Google Google
Thasyanni Moorthy profile picture
Thasyanni Moorthy
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Had a wonderful experience today for my detailed scan. ❤️ The staff were very friendly, caring, and professional. Everything was explained clearly, and I felt comfortable throughout the appointment. Most importantly, we were so happy to know that everything is good with our baby. 🥰👶🏻 Thank you so much for the excellent service and care. Highly recommended! ❤️
Posted on Google Google
Amira Farhana profile picture
Amira Farhana
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Buat gender scan termasuk gender reveal guna lampu LED. Best sangat. Dr and nurse pun baik semua. Penerangan dr pun jelas.
Posted on Google Google
Natasha Nor Halim profile picture
Natasha Nor Halim
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Staff and doctor is so friendly! Love it here ❤️
Posted on Google Google
Jia Reza profile picture
Jia Reza
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Klinik selesa , doktor perempuan dan sangat baik dan mesra 🥹 sangat2 puas hati 🫶🏻✨
Posted on Google Google
Nurul Izzaty profile picture
Nurul Izzaty
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
First time dtg sini. Utk detail scan & gender reveal😍 Sgt berpuas hati dgn servis yg diberikan. Doktor yg incharge terangkan secara detail & jwb soalan patient dgn sabar🫶🫶Utk check gender reveal jd seronok sbb first time siap ada lmpu😍 sy bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ utk servis klinik Dylia
Posted on Google Google
diana ramli profile picture
diana ramli
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
The best clinic, doctor n nurse very good
Posted on Google Google
Siti Irdina profile picture
Siti Irdina
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
good experience, doctor pun best, baik, bagi good explanation. really recommended & definitely will come again 😊
Posted on Google Google
putri santri profile picture
putri santri
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
first time datang klinik dylia ni buat gender reveal tengok kat tiktok ramai buat kat sini , doc pun ceria sangat sporting , staff pun ceria murah senyum recommend sangat untuk siapa siapa nak ke klinik dylia , btw i dari ampang tau datang ke klinik ni

Tempah slot buka buku pink

Sila isi borang dan tekan button Book Slot

  1. Isi borangNama, nombor telefon dan anggaran usia kandungan.
  2. Hantar melalui WhatsAppStaf kami akan balas untuk sahkan tarikh dan masa.
  3. Datang ke klinikBawa MyKad. Buku pink dibuka pada hari yang sama.

Butiran borang ini tidak disimpan di laman web. Ia hanya dihantar terus kepada Klinik Dylia melalui aplikasi WhatsApp

Borang tempahan

Sila isi borang di bawah, pihak klinik akan menghubungi anda secepat mungkin.

Sila isi nama.
Sila masukkan nombor telefon yang sah.
Sila pilih anggaran usia kandungan.
Tarikh LMP tidak boleh selepas hari ini.
Sila pilih tarikh selepas hari ini.

Due date dikira automatik daripada LMP (anggaran 40 minggu). Mama boleh ubah jika doktor dah beri tarikh lain.

Buku pink boleh dibuka seawal 10 minggu. Hantar juga borang ini, staf kami akan bantu cari tarikh yang sesuai untuk Mama.

Kehamilan ke berapa? (pilihan)
Sila pilih tarikh hari ini atau selepasnya.

WhatsApp akan dibuka selepas anda tekan butang ini.

Terima kasih, Mama!

Pastikan Mama tekan hantar dalam WhatsApp. Staf kami akan balas untuk sahkan slot.

WhatsApp tak terbuka? Buka WhatsApp di sini

FAQ Ibu Hamil Patut Tahu

Soalan-soalan yang biasa ibu hamil ingin tahu.

Apa nak buat bila UPT positive?

Langkah pertama ialah dapatkan pengesahan daripada doktor. Doktor akan sahkan kehamilan dan anggarkan usia kandungan berdasarkan tarikh hari pertama haid terakhir serta scan bila sesuai.

Sementara menunggu temujanji:

  • Catat tarikh hari pertama haid terakhir.
  • Tanya doktor atau ahli farmasi tentang pengambilan asid folik.
  • Elakkan merokok dan alkohol.
  • Rujuk doktor dahulu sebelum mengambil sebarang ubat atau supplemen.

Jika Mama mengalami sakit perut yang teruk, pendarahan yang banyak atau rasa seperti hendak pengsan, dapatkan rawatan di jabatan kecemasan dengan segera.

Bila boleh buka buku pink?

Di Klinik Dylia, buku pink boleh dibuka seawal 10 minggu kandungan. Mama digalakkan buka buku pink seawal mungkin dalam trimester pertama supaya ujian saringan asas dapat dibuat lebih awal.

Kalau kandungan belum cecah 10 minggu, Mama tetap boleh hantar borang. Staf kami akan bantu tetapkan tarikh yang sesuai. Kalau sudah melepasi trimester pertama pun, buku pink masih boleh dibuka.

Apakah dokumen yang perlu dibawa untuk buka buku pink?
  • MyKad Mama.
  • MyKad suami, untuk maklumat dalam rekod kesihatan ibu.
  • Tarikh hari pertama haid terakhir.
  • Senarai ubat atau supplemen yang sedang diambil.
  • Rekod kesihatan atau kehamilan terdahulu jika ada, contohnya buku pink kehamilan sebelum ini atau surat doktor.
Apakah jenis checkup yang dilakukan untuk antenatal checkup?

Pemeriksaan antenatal biasanya merangkumi:

  • Berat badan dan tekanan darah.
  • Ujian air kencing untuk semakan protein dan gula.
  • Ujian darah seperti FBC, kumpulan darah (ABO) dan saringan jangkitan (VDRL, HIV, Hepatitis B).
  • Scan untuk melihat degupan jantung, tumbesaran dan kedudukan bayi.
  • Ujian tertentu mengikut usia kandungan seperti MGTT (ujian air gula), detail scan dan GBS screening, serta vaksin tetanus atau Tdap.

Jadual dan jenis pemeriksaan ditentukan oleh doktor mengikut keadaan kesihatan Mama dan usia kandungan.

Buku pink klinik swasta boleh dirujuk di klinik kesihatan dan digunakan untuk bersalin di hospital kerajaan?

Boleh. Bawa buku pink bersama semua keputusan ujian dan laporan scan dari Klinik Dylia semasa ke klinik kesihatan supaya rekod Mama lengkap. Klinik kesihatan mungkin akan membuat pendaftaran atau ujian tambahan mengikut prosedur mereka sendiri.

Untuk bersalin di hospital kerajaan, kebiasaannya hospital menerima ibu melalui rujukan klinik kesihatan kerajaan. Jadi Mama digalakkan mendaftar juga di klinik kesihatan berhampiran sebelum tarikh jangkaan bersalin. Ramai Mama buat pemeriksaan antenatal di klinik swasta dan bersalin di hospital kerajaan.

Prosedur boleh berbeza mengikut hospital, jadi sebaiknya semak terus dengan hospital atau klinik kesihatan pilihan Mama.

Klinik Dylia, Cheras Perdana

Klinik keluarga untuk ibu dan anak.

  • L1-19, Netizen Residensi, Lebuh Utama Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor
  • Isnin – Jumaat: 9 pagi – 10 malam
    Sabtu: 9 pagi – 3 petang
    Ahad: 3 petang – 10 malam

Maklumat di laman ini adalah panduan umum dan tidak menggantikan nasihat doktor. Pemeriksaan dan rawatan sebenar bergantung kepada penilaian doktor semasa konsultasi. Harga yang dipaparkan adalah dalam Ringgit Malaysia dan tertakluk kepada perubahan. Jika berlaku kecemasan, sila ke jabatan kecemasan hospital yang berdekatan. Dasar privasi

RM250Pakej buka buku pink

Tempah slot
Scroll to Top